• Main
  • News

✨ Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah ✨

✨ Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah ✨

✨ JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH ✨
Hari : Jumaat
Tarikh : 3 April 2026
Masa : 9.30 pagi-12.00 tengah hari

Alhamdulillah, suasana penuh kemeriahan dan kegembiraan telah mewarnai Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang berlangsung dengan jayanya.

Sambutan kali ini melibatkan penyertaan aktif guru-guru, murid-murid serta seluruh warga sekolah melalui konsep pot luck, di mana setiap pihak membawa juadah masing-masing untuk dikongsi bersama. Pelbagai hidangan menarik dan lazat telah menceriakan lagi suasana.

Majlis ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah memupuk nilai kerjasama, perpaduan, hormat-menghormati serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memperkukuh hubungan dan mencipta kenangan indah bersama.

???? Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ????